SELAMAT DATANG KE BLOG AURA MINDA

Pendidikan Didahulukan Kecemerlangan Diutamakan

Wednesday, December 23, 2009

Pada tahun 2008, Aura Minda telah menjalankan program motivasi dan bengkel menjawab soalan kertas 1 bagi calon-calon PMR. Seramai lebih 150 pelajar dari pelbagai sekolah majoritinya dari daerah Batu Pahat telah menyertai program ini.
Ramai calon datangnya dari sekolah SMK Datuk Menteri Ayer Hitam, SMK Tun Ismail Parit Raja, SMK Sri Gading, SMK Tunku Mahmud Iskandar, SM Agama Al-Jawahir Senggarang, TIGS dan lain-lain.
Program ini sengaja memilih universiti yang berdekatan iaitu UTHM sebagai lokasi program kerana bukan sahaja kemudahannya yang selesa, tetapi untuk memberi motivasi kepada pelajar agar suatu masa nanti, mereka juga akan menjejakkan kaki ke menara gading. Aura Minda juga ingin membiasakan pelajar dengan suasana pembelajaran di kampus.
Ramai peserta sangat teruja dengan kaedah, teknik dan tips yang dibongkarkan oleh motivator En Mohd Yusoff Abdullah. Ada peserta dari SMK Tunku Mahmud Iskandar yang berkata beliau berjaya mendapat skor A dalam beberapa mata pelajaran hasil daripada kaedah yang diajar oleh En Mohd Yusoff sedangkan selama ini beliau tidak pernah memperoleh gred A.
Antara tips yang julung kali dibongkarkan ialah bagaimana mendapatkan markah optimum melalui kaedah pengiraan jumlah pilihan jawpan A, B, C dan D.
Insya-Allah pada tahun 2010 ini Aura Minda akan menganjurkan lagi beberapa program yang lebih inovatif, bermaklumat dan pastinya eksklusif.

Thursday, December 17, 2009

Sunday, November 22, 2009

Peserta Aktif Berinteraksi

Kelihatan peserta sedang berinteraksi dengan motivator (tidak kelihatan dalam gambar). Peserta sangat ceria dan teruja dengan gaya pencapaian En Yusoff yang mengandungi unsur humor dan tidak membosankan.
Bengkel ini diadakan di Dewan Kuliah 2, UTHM.