SELAMAT DATANG KE BLOG AURA MINDA

Pendidikan Didahulukan Kecemerlangan Diutamakan

Sunday, January 24, 2010

BENGKEL KEMAHIRAN PEPERIKSAAN

Pada Ahad 31 Januari 2010 minggu depan, sekali lagi AuraMinda akan mengadakan seminar bersama motivator terkenal EnMohd Yusoff Abdullah di tempat yangsama pernah kamianjurkan pada 2008 iaitu diUTHM.
Pada kali ini anda akan bertemu sekali lagi dengan En Yusoff dengan bahan yang sanagat penting dalam alam persekolahan iaitu kemahiran menjawab soalan peperiksaan. Apa diakeputusan yang baik? Tentulah anda mendapat semua A+ dalam peperiksaan yang anda duduki. Bagaimana mendapat skor A? Jawapannya tak lain tak bukan anda dapat markah yang sepadan dengan gred A. Walaupun anda rajin dan kelihatanrajin menelaahpelajaran, tetapi anda tidak dapatmenjawabsoalan denganmemberi jawapan yang tepat atau dikehendaki maka anda tidak akan skor A. Inilah rahsia yangcuba dibongkarolehmotivatoriaitu bagaimana menganalisissoalan agar anda memperoleh markah yang maksimum keranaanad boleh cuma teknik menjawab sahaja yang tidak tepat.
Jumpa di sana.
Anda boleh sms nama dan sekolah dan hantarke 013-7206272untuk mengikuti seminar ini. Bayar semasa pendaftaran.

Wednesday, December 23, 2009

Pada tahun 2008, Aura Minda telah menjalankan program motivasi dan bengkel menjawab soalan kertas 1 bagi calon-calon PMR. Seramai lebih 150 pelajar dari pelbagai sekolah majoritinya dari daerah Batu Pahat telah menyertai program ini.
Ramai calon datangnya dari sekolah SMK Datuk Menteri Ayer Hitam, SMK Tun Ismail Parit Raja, SMK Sri Gading, SMK Tunku Mahmud Iskandar, SM Agama Al-Jawahir Senggarang, TIGS dan lain-lain.
Program ini sengaja memilih universiti yang berdekatan iaitu UTHM sebagai lokasi program kerana bukan sahaja kemudahannya yang selesa, tetapi untuk memberi motivasi kepada pelajar agar suatu masa nanti, mereka juga akan menjejakkan kaki ke menara gading. Aura Minda juga ingin membiasakan pelajar dengan suasana pembelajaran di kampus.
Ramai peserta sangat teruja dengan kaedah, teknik dan tips yang dibongkarkan oleh motivator En Mohd Yusoff Abdullah. Ada peserta dari SMK Tunku Mahmud Iskandar yang berkata beliau berjaya mendapat skor A dalam beberapa mata pelajaran hasil daripada kaedah yang diajar oleh En Mohd Yusoff sedangkan selama ini beliau tidak pernah memperoleh gred A.
Antara tips yang julung kali dibongkarkan ialah bagaimana mendapatkan markah optimum melalui kaedah pengiraan jumlah pilihan jawpan A, B, C dan D.
Insya-Allah pada tahun 2010 ini Aura Minda akan menganjurkan lagi beberapa program yang lebih inovatif, bermaklumat dan pastinya eksklusif.

Thursday, December 17, 2009

Monday, November 23, 2009